Monday, October 29, 2012

Tempat makan sedap

Mencari kedai makan atau restoran memang mudah. tetapi mencari kedai makan yang menjual makanan yang sedap, harga berpatutan dan servis yang baik adalah satu perjuangan. perjuangan untuk hal ini biasanya dumulai dengan tanya bertanya dan konsep try and error.khusus di johor bahru, banyak kedai makan yang menawarkan makanan yang sedap dan lebih banyak lagi yang tak sedap. kebanyakan tempat yang saya temui biasanya hanya ada 1 atau 2jenis makanan yang ditawarkan dalam menu mereka yang lazat. yang lainnya hanya biasa-biasa saja dan kadang-kadang tak sedap giler. di sini saya tampilkan kedai makan beserta menu sedap mereka beserta sedkit panduan. saya adalah kaki makan dan secara kebetulan hampir semua rakan karib saya mempunyai sifat yang sama. kami sanggup memandu jauh untuk mendapatkan makanan yang sedap. dan cepat bosan. kami jarang makan di satu tempat yang sama dalam satu minggu.
Sarapan pagi
jika anda sering memilih menu roti canai warong roti canai tanpa papan iklan di jalan sungai sebulung stulang baru adalah disarankan. lokasinya terletak berhampiran dengan simpang keluar ke highway tebrau. disini roti canai dibuat oleh melayu bukan india dan sistem roti canai melayu menggunakan sambal tumis. 10 tahun yang lalu saya rasakan roti canai sangat mendekati kesempurnaan. namun sekarang kadang-kadang rotui canainya tidak menepati kualiti roti canai di pasaran. disini juga anda dapat menikmati roti canai yang dapat dimakan dengan sambal sotong kembang atau rendang melayu. hal yang ada perlu awasi apabila ke warong ini adalah orang yang ramai hingga kadang-kadang tiada tempat duduk. tentu saja pesanan anda lambat sampai dan yang menyakitkan hati pesanan anda tak pernah sampai. kesibukan membuat mereka alpa akan tanggungjawab terhadap pelanggan. namun anda dapat mengatasi masalah ini dengan self service. pesanlah roti canai di depan pembuatnya dan tunggu hingga pesanan anda siap. jika dia suruh duduk anda pegilah duduk kerana dia dah hafal muka anda. jika mahu makanan tambahan seperti sambal dan rendang dapatkan secara manual di kaunter lauk. warong ini juga menyediakan menu lain seperti meehun goreng lontong nasi lemak.
warung saga yang terletak di jalan mahmoodiah tentu tak asing bagi warga johor bahru. lokasinya yang berhadapan dengah esso jalan yahya awal tidak menyukarkan untuk menemui lokasi warung ini. warung ini tekenal dengan keunikannya yang mengantung gambar-gambar lama dan baru dari sejarah johor hingga ke selebriti veteran. menu istimewanya berubah setiap hari. namun mereka menawrkan menu tetap yaitu nasi lemak, lontong meehon kuih muih. laksa nyonya, laksa johor dan beberapa menu lagi ditawarkan mengikut hari. harganya pula pada pendapat saya agak mahal; jika dibanding dengan tempat lain. tetapi kerana rasa yang memikat lidah hal ini tak menjadi masalah yang ketara.
makan tengah hari
restoran zz belakng hospital sultanan aminah menawarkan menu yang menarik. ikan bakar dan ayambakar adalah speciality restoran ini. lauk pauk yang ditawarkan termasuk ulam-ulaman beserta berbagai jenis samabal memang meransang nafsu untuk menikmati kakan tengahahari disini. jika anda tidak berminat untuk makan nasi putih boleh juga mencuba briyani gum yang ada pada setiap hari. saya tak pernah makan dan saya tak galakan anda memilih briyani gm di restoran ini kerana lebih berbaloi makan nasi putih dengan lauk pauknya. harga pula adalah standard yaitu tak mahal dan bukan murah. jika anda berklunjung ke sini dan mahu makan ikan bakar atau ayam bakar datanglah awal kerana bahagian terbaik biasanya diambil oleh pelanggan yang terdahulu. selepas pukul 2 jarang anda dapat bahagian yang terbaik. saya mencadangakan anda lebih baik makan di restoran ini dan tidak bungkus bawa pualng dan makan di rumah. makanan disini lebih sedap dinikmati di restoran itu juga. seri makanan akan hlang jika bawa ke rumah. saya tak dapat jelaskan secara logik kenapa hal ini terjadi. cubalah sendiri dan anda akan tahu.
asam pedas tasik yang berlokasi di taman tasek merupakan tempat paling saya gemari jika ingin menikmati masakan made to order pada waktu tebngah hari. masakan asam pedas restoran ini berani saya katakan memang lazat. seperti biasa anda akan memlih ikan apa yang ditawarkan dan mereka akan memasak ikan itu. ulam-ulanman adalah pakej yang datang apabila makan nasi di sini. anda juga boleh memilih menu masakan sayur. tips saya untuk anda agara anda dapt asam pedas yang sdapa adalah memastikan ikan yang anda pilih itu segar. ikan yang segar akan menghasilkan asam pedas yang sangat lazat. jika anda suka ikan pari tetapi ikan pari tidak menunjukkan reaksi positif diatas ais dalam pajangan restoran pilihlah ikan lain yang lebih segar. ruang tempat duduk di restoran ini adalah terhad dan pastikan anda ada mendapatkan tempat duduk jika anda datang beramai-ramai dan cepatlah blah dari situ jika orang ramai nak makan.
bawah pokok kg melayu. ini adalah warung makan minang yang telah diubah suai dengan masyarakat setempat. lokasinya adalah di kg melayu berhampiran dengan esso berhadapan dengan jalan masuk highway tebrau ke kg melayu. sangat senang menemukannya kerana kg melayu hanya ada satu esso sahaja. seperti masakan mina g lain, warung ini menawarkan rendang, gulai nangka kan leleayam masak lada merah, sambal lada hijau dan berbagai lagi. tempat duduk disini juga terhad dan bersedilah untuk share tabel dengan orang lain. jika anda bawak awek dan nak makan berdamai ini bukan tempatnya. tapi jika nak jugak datanglah pada pukul 3 ptg tapi tidak dijamin kalau masih ada makanan lagi. parking tak begitu maslaah anda cuma perlu kreatif meletakkan kenderaan anda di bahu jalan dan tak menggangu masuk umah orang. beras yang digunakan juga cukup bagus . saya tak pasti sama ada berasnya yang bagus atau cara masak nasik yang menambah kenikmatan nasi dimakan dengan lauk. perhatikann cra pekerja disitu mencedok nasi anda. sejenis senduk tang dibuat dari tempurung kela khas digunakan. rahsianya adalah : tempurung ini memberi sukatan yang sempurna untuk selepra kita. artinya jika anda lapar anda akan tambah lebih sekali jika anda tidak lapar anda rasa kuranfg puas dan menimbulkan keinginan untuk terus makan. hal kecil yang memberi makna yang besar. walau terletak di kg melayu tetapi harganya adalah standard saja, tak murah dan tak mahal melampau.



No comments:

Post a Comment

at least write your asl even it's tipu